RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin

SEKITAR MESYUARAT PRAPERSATUAN BEKAS PELAJAR SKTM

PENDAFTARAN

     
   




Pick a date
 
   
     

NAMA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM
Klik Pada LOGO Di atas Untuk Muat Turun

Monday, September 28, 2009

BLOG SKTM DI SINAR HARIAN


Terima kasih kepada akhbar Sinar Harian yang sudi mempromosikan Blog Mini SK Teluk Medan. Semoga akan menjadi permulaan yang lebih baik...terima kasih.
Untuk berita penuh layari ...http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story4977262.asp

Wednesday, September 16, 2009

BORANG KEAHLIAN

Borang keahlian Persatuan Bekas Pelajar SK Teluk Medan akan diedarkan di Masjid Tinggi dan Masjid Teluk Medan bersempena hari raya aidilfitri. Hebahkan....

Saturday, September 12, 2009

PERUBAHAN NAMA DAN LOGO

Merujuk kepada cadangan dan keputusan mesyuarat jawatankuasa prapenubuhan Persatuan Bekas Pelajar SKTM, nama persatuan dan logo telah ditukar iaitu :

1. ALUMNI SKTM kepada Persatuan Bekas Pelajar SKTM.
2. Logo baru seperti yang dipaparkan menggantikan logo lama.

Thursday, September 10, 2009

MESYUARAT J/KUASA PENAJA ALUMNI SKTM

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SK Teluk Medan kali pertama akan diadakan pada :

Tarikh : 12.09.2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM

Diharapkan individu yang telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Penaja dapat hadir bagi merealisasikan penubuhan Alumni SK Teluk Medan...Selamat bermesyuarat. BERSATU BERMUAFAKAT.

SEJARAH SK TELUK MEDAN

Sekolah Kebangsaaan Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak. Tapak asal sekolah ini terletak 0.5 km ke utara dari tapak sekarang. Bangunan asal (1890 an ) adalah bangunan binaan kayu dan berbumbung bertam. Jumlah murid ketika sekolah mula dibuka 50 orang . Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah Encik Jerais dari Pulau Pinang. Di fahamkan juga bahawa sekolah ini pada asalnya ia lah sebuah pusat latihan tanaman padi bagi guru-guru.

Di atas kesedaran ibubapa terhadap pentingnya pendidikan, bilangan murid terus meningkat. Usaha menggalakkan masyarakat setempat terhadap pelajaran anak anak telah dijayakan oleh Lebai Taib dan Lebai Ismail. Pada tahun 1958 sebuah lagi bangunan 4 bilik didirikan bagi menggantikan bangunan yang telah rosak.

Pada tahun 1973 , sebuah bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin di bina dengan belanja sebanyak RM 140, 000.00 . Perasmian bangunan ini telah dilakukan pada 13 Februari 1976 oleh YB. Datuk Dr. Mahathir b Mohamed , ia itu Menteri Pelajaran ketika itu. Pada tahun 1979 pertambahan murid semakin ramai sehingga menjadi 842 orang. Jumlah kelas pula sebanyak 22 buah dan bilangan guru pula seramai 28 orang.

Pada tahun 1989 , sebuah lagi bangunan Projek Gotong Royong didirikan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik darjah menelan belanja RM 60,000.00. Bangunan tambahan 4 kelas ini dibina berjauhan dari pejabat / bangunan pusat dan ia berselang dengan lot bendang. Ia mula digunakan tahun berikutnya. Kegunaan bangunan asal ( bangunan bertiang ) yang berhampiran jalan raya sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kerana gangguan bunyi kenderaan . Oleh sebab itu 4 bilik darjah telah dibina pada tahun 1995 bagi mengatasi masalah tersebut. Akibat perlaksanaan Program Pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELCRA dan FELDA) bilangan murid berkurangan menjadi 500 orang.

Pada tahun 2002 bangunan baru 4 tingkat dibina di tapak asal bangunan kayu berhampiran tepi jalanraya Pembinaan ini bagi mengatasi kekurangan bilik darjah dan persekolahan satu sesi ( pagi ). Ia mula digunakan akhir tahun 2003 dengan perpindahan pejabat , bilik guru , surau , bilik sains , bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan juga kelas . Belanja pembinaan dikira-kira 2.2 juta ringgit. Terdapat Pusat Kegiatan Guru di sekolah ini.

Murid - murid sekolah ini datang dari Kampung Teluk Medan, Kampung Masjid Tinggi, Kawasan Sungai Gedung , Parit 7 , Parit 6 , Parit 5 , Parit 4 , dan Parit 3 serta dari beberapa tempat lain. Ramai ibu bapa bekerja sebagai petani, ada kerja sendiri, dengan kerajaan dan swasta.

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin Alumni SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP