RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin

SEKITAR MESYUARAT PRAPERSATUAN BEKAS PELAJAR SKTM

PENDAFTARAN

     
   




Pick a date
 
   
     

NAMA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM
Klik Pada LOGO Di atas Untuk Muat Turun

Thursday, November 19, 2009

SYABAS CALON UPSR 2009


SK TELUK MEDAN 19 NOVEMBER 2009, Debaran menanti keputusan UPSR 2009 terungkai hari ini apabila keputusan peperiksaan itu dibacakan oleh Tn.Hj. Abdul Wahid b. Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah SKTM 2009. Berikut adalah intisari keputusan UPSR 2009 :

1. Jumlah murid mendapat 5A : 13 orang.
2. Jumlah murid mendapat 4A1B : 10 orang.
3. Jumlah murid lulus semua mata pelajaran : 79 / 112 orang.
4. Peratus lulus semua mata pelajaran : 70.53 %

Tahniah diucapkan kepada calon UPSR 2009 dan warga pendidik SKTM

ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2009


SK TELUK MEDAN 19 NOVEMBER 2009, Usaha gigih murid-murid SKTM selama setahun berbaloi apabila diraikan di dalam majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah SKTM 2009. Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah SKTM 2009 yang bermula jam 9.00 pagi disempurnakan oleh Tn.Hj. Abdul Wahid b. Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Selain daripada mengucapkan tahniah kepada murid-murid cemerlang 2009, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua ibu-bapa yang sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan setiap program kecemerlangan yang diadakan. Selain daripada itu, seramai 68 orang murid-murid Prasekolah SKTM turut menerima watikah tamat prasekolah yang disampaikan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri YDP PIBG. Majlis anugerah turut diserikan dengan persembahan nasyid dan koir daripada murid-murid tahap 2. Tahniah kepada murid-murid SKTM...

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin Alumni SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP