RENUNGAN

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya .
~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati.
~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin

SEKITAR MESYUARAT PRAPERSATUAN BEKAS PELAJAR SKTM

PENDAFTARAN

     
   




Pick a date
 
   
     

NAMA AHLI YANG TELAH MENDAFTAR

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM

Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SKTM
Klik Pada LOGO Di atas Untuk Muat Turun

Sunday, October 25, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009

Sunday, October 25, 2009

Mulai hari ini 26 Oktober sehinggalah ke hari Khamis 29 Oktober, anak-anak kita berjuang lagi di medan peperiksaan. Antara peperiksaan yang akan mereka hadapi sepanjang minggu ini adalah :
1. Peperiksaan Akhir Tahun 2009.
2. Peperiksaan Percubaan KIA2M.
3. Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ).
Semoga dimudahkan oleh Allah S.W.T untuk menjawab dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang. Selamat menghadapi peperiksaan...

TAHNIAH PRASEKOLAH SKTM


SK Gunong Semanggol 24 Oktober, Karnival Prasekolah Daerah Kerian telah diadakan yang telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kerian. Di dalam karnival tersebut, seorang murid dari SK Teluk Medan iaitu adik Kamarul Akmal bin Sirun telah menjadi johan pada Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu. Adik Kamarul Akmal bin Sirun akan mewakili daerah Kerian ke Karnival Prasekolah Negeri Perak yang akan diadakan pada 6,7 dan 8 November ini di pusat peranginan Bukit Merah Lake Town. Tahniah diucapkan kepada adik Kamarul Akmal bin Sirun dan guru-guru prasekolah SKTM yang telah bertungkus-lumus melatihnya sehingga menjadi johan...tahniah.

Saturday, October 17, 2009

SIREH PULANG KE GAGANG

Laman blog Persatuan Bekas Pelajar SKTM semakin dikunjungi oleh anak-anak bekas pelajar. Tahniah kepada yang sudah mendaftar dan mengirimkan foto. Kepada yang belum mendaftar...ahlan wa sahlan wa marhaban...masa untuk mendekati rakan-rakan lama anda. Kepada bekas pelajar yang mempunyai laman web atau blog...daftar di sini supaya rakan-rakan anda dapat melayari laman anda...tahniah !!!

" Sesungguhnya Yang Halal dan Yang Haram Itu Nyata "

AMARAN

Hak Cipta Terpelihara © Ogos 2008. Admin Alumni SK Teluk Medan, 34300 Bagan Serai, Perak, Malaysia.

PENAFIAN:Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP