Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada dibawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu: ~ Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya . ~ Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati. ~ Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
Sukantara praolahraga 2010 SKTM telahpun bermula mulai semalam 9 Februari 2010. Kehangatan kejohanan olahraga SKTM 2010 akan berterusan sehinggalah hari kejohanan berlangsung pada Khamis 18 Februari 2010. Selamat maju jaya kepada semua warga SKTM...seluruh warga SKTM menjemput para pengunjung blog untuk ke Kejohanan Olahraga SKTM 2010. Semoga kehadiran anda semua akan menambahmeriahkan lagi acara gilang gemilang tersebut.
Pada minggu lepas kontijen 4X100 SKTM telah dijemput untuk menyertai kejohanan olehraga di dua buah sekolah dalam kelompok 2 Kerian. Pada Kejohanan Olahraga SK Parit Hj.Aman, kontijen SKTM telah merangkul pingat emas dalam pertandingan 4X100 antara sekolah rendah jemputan. Manakala pada kejohanan olahraga di SK Dato' Mas'ud, kontijen SKTM hanya mampu membawa pulang pingat perak sahaja....dah letih agaknya. Apapun tahniah dan selamat maju jaya untuk semua para atlit SKTM.